Sunday, 9 December 2012

Komponen Pengurusan Diri

Murid pendidikan khas perlu dibimbing agar menguasai kemahiran mengurus diri, bersosialisasi dan berdikari. Latihan dan kemahiran penjagaan diri, perkembangan peribadi, perkembangan sosial, hidup berkeluarga dan pengurusan rumah tangga menjadi fokus komponen ini. Komponen pengurusan diri bertujuan membimbing dan melatih murid agar berkemahiran dan mampu hidup berdikari.


Komponen Pengurusan Diri membimbing murid:
i) Berdikari dan mampu menjalankan aktiviti seharian mengikut kemampuan diri sendiri.

ii) Menyediakan diri menghadapi situasi sebenar.

iii) Mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran.

iv) Mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar.


0 comments:

Post a Comment